Monday 30 May 2016

Hukum Doa Selepas Iqamah

ADAKAH SUNAT MEMBACA DOA SELEPAS IQAMAH?

ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ
Ustaz, adakah kita disuruh membaca "doa selepas azan" , selepas iqomat?

Jawapan:

Doa selepas iqamah.

ﻋَﻦْ ﺟَﺎﺑِﺮِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗَﺎﻝَ " ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺣِﻴﻦَ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺍﻟﻨِّﺪَﺍﺀَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺭَﺏَّ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟﺪَّﻋْﻮَﺓِ ﺍﻟﺘَّﺎﻣَّﺔِ ﻭَﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺍﻟْﻘَﺎﺋِﻤَﺔِ ﺁﺕِ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺍﻟْﻮَﺳِﻴﻠَﺔَ ﻭَﺍﻟْﻔَﻀِﻴﻠَﺔَ ﻭَﺍﺑْﻌَﺜْﻪُ ﻣَﻘَﺎﻣًﺎ ﻣَﺤْﻤُﻮﺩًﺍ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻭَﻋَﺪْﺗَﻪُ ،
Daripada Jabir bin 'Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan: Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.

ﺣَﻠَّﺖْ ﻟَﻪُ ﺷَﻔَﺎﻋَﺘِﻲ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ "
Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua' 'Inda an-Nida', hadis no: 514].

Ulama bersepakat bahawa doa ini sunat dibaca selepas azan.

Akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang dibaca selepas iqamah.

Ulama mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali menyatakan bahawa doa ini sunat dibaca selepas azan dan iqamah. Ini juga adalah fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi dan Shaikh Al-Albani. Ini kerana azan dan iqamah kedua-duanya adalah sama . Bahkan dalam hadis lain menggunakan perkataan azan untuk iqamah dan azan.

ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﻣُﻐَﻔَّﻞٍ، ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ " ﺑَﻴْﻦَ ﻛُﻞِّ ﺃَﺫَﺍﻧَﻴْﻦِ ﺻَﻼَﺓٌ ﺑَﻴْﻦَ ﻛُﻞِّ ﺃَﺫَﺍﻧَﻴْﻦِ ﺻَﻼَﺓٌ ـ ﺛُﻢَّ ﻗَﺎﻝَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺜَّﺎﻟِﺜَﺔِ ـ ﻟِﻤَﻦْ ﺷَﺎﺀَ ".
Daripada 'Abdullah bin Mughaffal r.a, Nabi s.a.w bersabda: Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu (mendirikan solat tersebut).

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Bayna Kulli Azanain Solat Li Man Syaa, hadis no: 627].

Sebahagian ulama lain seperti Shaikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin,dan Shaikh Bakar Abu Zaid kerana di sisi mereka azan dan iqamah adalah dua benda yang berbeza. Persamaan lafaz nama azan pada azan dan iqamah hanya pada sudut bahasa sahaja sedangkan ia dua benda berbeza. Antara bezanya ialah azan lafaznya diulang dua kali, manakala iqamah sekali sahaja.

Kesimpulan:

1- Menurut majoriti ulama disunatkan membaca doa ini dan semua perkara yang sunnah ketika menjawab azan, sunnah untuk dilakukan ketika menjawab iqamah.

2- Dr. Rozaimi berpegang kepada pendapat ulama yang menyatakan TIDAK SUNAT membaca doa selepas iqamah. Ia sunat untuk azan sahaja.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

-Dr Rozaimi Ramle

May 24 at 3:14pm ·


No comments:

Post a Comment